Monday, February 17, 2014

Format Laptop Menggunakan USB @ Pendrive



Dalam post yang lepas, saya telah tunjukkan cara untuk format laptop menggunakan CD. Dalam post ini saya akan tunjukkan cara menggunakan USB sebagai bootable device.


(1) Download Win Setup Format USB 1.0 dulu. Software tu macam gambar di bawah.




(2) Pastikan nama pendrive anda dalam kotak atas sekali.


(3) Dalam ruangan ADD TO USB DISK, ada 5 pilihan untuk anda. Klik pada kotak yang anda   
      ingin pilih. Contoh - Sekiranya nak format Windows 7, klik pada kotak kedua.


(4) Disebelah kanan itu adalah button untuk cari dimanakah data2 Windows 7. Kalau nak 
      senang, copy semua data dalam CD dan letak dalam laptop. Prosesnya menyalin akan   
      menjadi lebih cepat.


(5) Akhir sekali, klik butang GO. 




P/S : 
(1) Sebelum format, anda perlu tukar boot options pada laptop anda terlebih dahulu kepada boot from USB. Contohnya laptop jenis Compaq, ketika Startup tekan ESC.
(2)FORMAT USB @ PENDRIVE ANDA DAHULU SEBELUM GUNA SOFTWARE INI!
(3) Cara format laptop guna USB @ Pendrive sama saja macam format guna CD.


Download :
http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6

Bagaimana Nak Format Laptop? (Edisi Windows 7)





Windows 7 adalah satu pilihan yang bijak sekiranya anda ingin memasukkan OS ini ke dalam laptop anda. Prestasinya sangat bagus jika hendak dibandingkan dengan Windows Vista dan Windows XP. Windows 7 merupakan kesinambungan daripada Windows XP yang mana telah dilancarkan pada tahun 2007. Secara faktanya, Windows 7 adalah OS Windows yang paling senang untuk diinstall ketika anda mahu mengformat laptop sendiri. 


(Dinasihatkan untuk membeli Windows 7 Ultimate...sebab Ultimate adalah kelas paling tinggi dalam Windows 7)


Dengan hanya bermodalkan RM15 sahaja untuk membeli CD Windows 7, anda akan untung buat satu tempoh yang lama... kerana jika anda menghantarnya ke kedai,selalunya pihak kedai akan mengenakan caj sehingga RM50. Jadi, mana satu yang untung?


Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk format laptop. Ada juga yang takut untuk format laptop sebab risau kalau nanti akan merosakkan lagi laptop. Jangan bimbang. Di sini aku ajar dari mula hingga akhir. Ini la masanya untuk anda belajar sendiri format laptop. Sedikit pesanan untuk anda: Berbeza dengan Windows sebelumnya, Windows 7 tidak memerlukan anda menginstall driver selepas mengformat laptop. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang memerlukan anda install sendiri driver (cari dan muatturun dari Internet).


1. Masukkan CD dan reboot laptop. Ketika keluar "Press any key to boot from CD or DVD...", tekan sahaja mana-mana key kat keyboard.


2. Windows sedang loading. Tunggu kejap.


3. Lepas tu, dia akan keluar macam ni.


4. Pilih Language dan Time Format. Lepas tu, tekan NEXT.


5. Klik INSTALL NOW.


6. Tunggu. Proses ini hanyalah sekejap.


7. Klik pada kotak sebelah "I accept the license terms". Klik NEXT.


8. Klik pada CUSTOM (ADVANCED). (Ini untuk format laptop)


9. Klik pada Partition yang nak format.


10. Klik pada DRIVE OPTIONS (ADVANCE)


11. Klik FORMAT.


12. Sekarang, Windows sedang install segala macam system ke dalam laptop anda. Hanya tunggu. Proses ini mungkin memakan masa sehingga 30 minit. Sambil-sambil tu, anda boleh la ke tandas dulu ke, tak pun makan nasi dengan jiran sebelah. Kalau rajin sangat, duduk la depan laptop sambil countdown sorang-sorang.


13. Beginilah rupanya apabila proses selama 30 minit tadi siap.


14. Secara automatik, windows akan restart dengan sendiri.


15. Apabila laptop sudah reboot, dia akan keluar macam ni. JANGAN TEKAN APA-APA! Biarkan dan tunggu je.


16. Windows akan start dengan sendiri.


17. Windows sedang menyiapkan kerja-kerja terakhir.


18. Ketika ini, Windows sudah menyalin semua fail ke dalam laptop anda.


19. Windows sedang bersedia untuk bersaksi.


20. Masukkan nama anda, atau apa-apa nama yang anda suka. Klik NEXT.


21. Sekiranya anda ingin terus membuat akaun sendiri, sila masukkan nama dan kata laluan. Klik NEXT.


22. Abaikan. Klik NEXT. (Sebabnya adalah anda perlu crack Windows ini kemudian. Hanya masukkan key sekiranya anda membeli Windows yang original!)


23. Klik pada USE RECOMMENDED SETTINGS.


24. Pilih Zon Masa. Klik NEXT.


25. Windows sedang melakukan proses terakhir. Tunggu.


25. Sekarang, Windows sedang start dan tahniah untuk anda. Laptop anda berjaya diformat!


Terima kasih kepada howtoformatcomputer untuk gambar.

Info Tambahan : Klik Sini untuk tutorial FORMAT LAPTOP MENGGUNAKAN USB @ PENDRIVE.

Sunday, February 2, 2014

Cara Check Nombor Akaun CIMB Terbaru

Salam sejahtera semua..baru-baru ini CIMB telah kemaskini sistem pangkalan datanya..ramai yang di luar sana masih tidak mengetahui nombor akaun terbaru mereka. No akaun akan berubah dari 12-14 digit kepada 10 digit sahaja. Perubahan ini efektif bermula 3 Februari 2014..


Jadi, di sini saya lampirkan tutorial cimbclicks macam mana nak tahu no akaun CIMB terbaru anda..jadi lepas ni senang nak berurusan online khususnya..


Anda hanya perlu login cimbclicks macam biasa..Pastu pergi ke menu "My Account", Cari butang " Account Number Lookup" (seperti gambar di bawah)

Tutorial Check No Akaun CIMB-1


Lepas tu, anda diminta untuk memasukkan samada no akaun lama atau no akaun terbaru (seperti gambar di bawah)..Oleh kerana anda nak tahu no akaun terbaru, jadi masukkan no akaun lama dan tekan butang "Search"..No akaun terbaru akan dipaparkan..

Tutorial Check No Akaun CIMB-2


Dah siap! Catat no akaun tersebut dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang..


Jika anda menghadapi sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk FAQ CIMB BANK-UPDATE SYSTEM atau hubungi pihak customer care hotline (1 300 880 900 - dalam Malaysia), (+603 2295 6100 - luar negara), email: callcentre@cimb.com


Selamat mencuba! :)