Monday, February 17, 2014

Bagaimana Nak Format Laptop? (Edisi Windows 7)





Windows 7 adalah satu pilihan yang bijak sekiranya anda ingin memasukkan OS ini ke dalam laptop anda. Prestasinya sangat bagus jika hendak dibandingkan dengan Windows Vista dan Windows XP. Windows 7 merupakan kesinambungan daripada Windows XP yang mana telah dilancarkan pada tahun 2007. Secara faktanya, Windows 7 adalah OS Windows yang paling senang untuk diinstall ketika anda mahu mengformat laptop sendiri. 


(Dinasihatkan untuk membeli Windows 7 Ultimate...sebab Ultimate adalah kelas paling tinggi dalam Windows 7)


Dengan hanya bermodalkan RM15 sahaja untuk membeli CD Windows 7, anda akan untung buat satu tempoh yang lama... kerana jika anda menghantarnya ke kedai,selalunya pihak kedai akan mengenakan caj sehingga RM50. Jadi, mana satu yang untung?


Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk format laptop. Ada juga yang takut untuk format laptop sebab risau kalau nanti akan merosakkan lagi laptop. Jangan bimbang. Di sini aku ajar dari mula hingga akhir. Ini la masanya untuk anda belajar sendiri format laptop. Sedikit pesanan untuk anda: Berbeza dengan Windows sebelumnya, Windows 7 tidak memerlukan anda menginstall driver selepas mengformat laptop. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang memerlukan anda install sendiri driver (cari dan muatturun dari Internet).


1. Masukkan CD dan reboot laptop. Ketika keluar "Press any key to boot from CD or DVD...", tekan sahaja mana-mana key kat keyboard.


2. Windows sedang loading. Tunggu kejap.


3. Lepas tu, dia akan keluar macam ni.


4. Pilih Language dan Time Format. Lepas tu, tekan NEXT.


5. Klik INSTALL NOW.


6. Tunggu. Proses ini hanyalah sekejap.


7. Klik pada kotak sebelah "I accept the license terms". Klik NEXT.


8. Klik pada CUSTOM (ADVANCED). (Ini untuk format laptop)


9. Klik pada Partition yang nak format.


10. Klik pada DRIVE OPTIONS (ADVANCE)


11. Klik FORMAT.


12. Sekarang, Windows sedang install segala macam system ke dalam laptop anda. Hanya tunggu. Proses ini mungkin memakan masa sehingga 30 minit. Sambil-sambil tu, anda boleh la ke tandas dulu ke, tak pun makan nasi dengan jiran sebelah. Kalau rajin sangat, duduk la depan laptop sambil countdown sorang-sorang.


13. Beginilah rupanya apabila proses selama 30 minit tadi siap.


14. Secara automatik, windows akan restart dengan sendiri.


15. Apabila laptop sudah reboot, dia akan keluar macam ni. JANGAN TEKAN APA-APA! Biarkan dan tunggu je.


16. Windows akan start dengan sendiri.


17. Windows sedang menyiapkan kerja-kerja terakhir.


18. Ketika ini, Windows sudah menyalin semua fail ke dalam laptop anda.


19. Windows sedang bersedia untuk bersaksi.


20. Masukkan nama anda, atau apa-apa nama yang anda suka. Klik NEXT.


21. Sekiranya anda ingin terus membuat akaun sendiri, sila masukkan nama dan kata laluan. Klik NEXT.


22. Abaikan. Klik NEXT. (Sebabnya adalah anda perlu crack Windows ini kemudian. Hanya masukkan key sekiranya anda membeli Windows yang original!)


23. Klik pada USE RECOMMENDED SETTINGS.


24. Pilih Zon Masa. Klik NEXT.


25. Windows sedang melakukan proses terakhir. Tunggu.


25. Sekarang, Windows sedang start dan tahniah untuk anda. Laptop anda berjaya diformat!


Terima kasih kepada howtoformatcomputer untuk gambar.

Info Tambahan : Klik Sini untuk tutorial FORMAT LAPTOP MENGGUNAKAN USB @ PENDRIVE.

No comments:

Post a Comment